Bolehkah saya menderma darah?

Kalau dah membaca tentang kebaikan menderma darah, mesti ada yang dah tak sabar nak menderma. Tapi, nanti dulu... Sebelum menderma, kena pastikan layakkah anda, kerana ada syarat-syaratnya untuk menderma. Sebenarnya, kebanyakan anda sememangnya layak. Lihat sahaja syarat-syarat di bawah.

Kelayakan fizikal

Seorang penderma harus sihat tubuh badannya pada hari tersebut; mempunyai kesihat fizikal dan mental yang baik, bebas dari masalah kesihatan yang kronik seperti malaria, demam kepialu atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.

Bolehkah saya menderma darah?

Umur yang layak menderma adalah di antara 18-60 tahun. Yang berumur 17 tahun pula, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga. Warga emas, berumur 61-65 tahun, perlu dapatkan kelulusan bertulis dari doktor.

Berat badan ideal untuk menderma perlu lebih dari 45 kg. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan yang melebihi 50 kg, dan berat badan diantara 45-50 kg, kuantiti darah yang diambil hanyalah sebanyak 350 ml. Manakala, tahap hemoglobin anda perlulah lebih dari 12.5 gm%.

Penderma perlu dapatkan tidur yang cukup, melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan. Jangan ada yang berpuasa pula… Penderma perlu makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum menderma darah.

Pengambilan ubat-ubatan dan vaksinasi

Sama sekali tidak boleh menderma kalau seseorang itu sedang dibawah rawatan antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan, dan 24 jam sebelum, bagi yang dah mengambil suntikan vaksin.

Tak layak juga bagi anda kalau sedang mengambil ubat-ubatan tertentu yang tak dibenarkan. Jadi, perlu rujuk dulu kepada pegawai perubatan yang bertugas, sebelum menderma.

Gayahidup dan seksualiti

Bagi yang menjalani gayahidup dan sebarang kegiatan berisiko tinggi, mengikut undang-undang, anda, anda tidak boleh menderma. Contohnya seperti seseorang yang mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam sebelum hari pendermaan; mempunyai tatoo, solekan semi-kekal atau rawatan kosmetik yang melibatkan aktiviti penusukan kulit dalam tempoh 6 bulan terakhir; mengambil dadah secara suntikan, berkongsi jarum suntikkan dadah atau memiliki sejarah ketagihan dadah; dan telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV.

Sama juga bagi yang melakukan hubungan sesama jantina (homoseksual), kedua-dua jantina (biseksual), dengan pekerja seks komersial atau pelacur, yang bertukar-tukar pasangan dan menjadi pasangan kepada seseorang yang melakukan hubungan dengan mana-mana golongan di atas, adalah dilarang untuk menderma.

Penderma kerap

Kepada yang dah berkali-kali menderma, pendermaan terakhir telah dijalankan sekurang-kurangnya 3 bulan yang lalu untuk penderma darah penuh (kesemua sel darah), dan 2 minggu lagi bagi penderma ‘apheresis’ (plasma dan platlet sahaja).

Bolehkah saya menderma darah?

Penderma wanita

Syarat-syarat kelayakan penderma wanita adalah anda bukan sedang datang haid, atau sedang mengandung dan tidak menyusukan anak, ataupun pernah mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir setelah hamil.

Dilarang menderma

Kepada yang pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, atau pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak dibenarkan untuk menderma.

Yang mempunyai masalah kesihatan seperti demam atau selesema dalam 1 minggu terakhir; mempunyai masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (dengan terapi insulin), sejarah kanser, masalah buah pinggang kronik atau penyakit hati, kecenderungan mengalami pendarahan, penyakit kelamin dan lain-lain; telah menjalani pembedahan besar pada 6 bulan terakhir; atau telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah juga tidak boleh menderma.

Kalau anda pernah atau telah pengsan semasa proses derma darah yang lalu, anda berisiko tinggi untuk menghadapi masalah ketika menderma, jadi anda tak layak untuk menderma. Yang mendapat rawatan gigi seperti ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan.

Mungkin syarat-syarat menderma kelihatan agak banyak, tapi tak terlalu rumit bukan? Kalau anda memenuhi syarat-syarat di atas, tunggu apa lagi?

Articles

  • BM
  • EN
  • CH

Heartwarming stories, a blood donor’s journey & many more! To get you excited about blood donation.




Infographics

Are you ready? Here’s some quick and fun info on blood donation.