Jadilah Hero hari ini!

Memang bukan rahsia lagi, ada banyak sangkaan buruk dikalangan rakyat Malaysia mengenai aktiviti menderma darah. Ramai yang salah anggap bahawa menderma darah itu boleh membuatkan kita senang terdedah kepada berbagai penyakit. Tapi, tak menyakitkan pun!

Hanya dengan satu beg darah, kita boleh memberi kesan yang besar kepada orang lain. Perubahan dari seorang manusia biasa kepada Hero boleh dicapai melalui prosedur derma darah yang mudah. Kalau nak tolong, senang je…hulurkanlah lengan anda! – seperti yang dilakukan oleh tiga rakyat Malaysia ini.

Superhero Ramdhan

Ahmad Ramdhan, seorang penderma darah jenis O berkongsi pengalaman pertama dia dalam blognya, armsrenee.blogspot.com. Cerita Ramdhan bermula dengan program derma darah yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor.

Ramdhan sangat bersemangat untuk menderma darah kerana itu adalah pengalam pertama dia, dan dia mengaku pada mulanya berasa agak pening, mual dan berpeluh-peluh selepas jarum ditarik dari lengan dia. "Tak terpikir pulak dalam ramai-ramai yang datang menderma, saya yang akan ada masalah," kata Ramdhan. Tetapi, dia yakin ianya disebabkan dia kekurangan tidur.

Dia dibiarkan berehat sementara waktu dan diberikan minuman glukosa oleh staf program, sebelum dia boleh bangun semula. Selepas itu, dia berasa normal semula. "Walaupun apa yang berlaku tadi agak menakutkan saya, tapi bila saya teringat ada orang yang memerlukan darah saya, saya lebih bersemangat untuk menderma," katanya. Dengan pengikut seramai 252,000, Ramdhan menulis di blognya tentang kelebihan yang boleh kita dapat kalau menderma darah, memberi inspirasi pada pembaca dia untuk menderma.

Superhero Wong

Satu lagi cerita tentang seorang penderma baru, Wong HC. Dia share di Facebook tentang pengalaman pertama kali dia menderma darah. Wong mengikuti kempen derma darah yang dianjurkan oleh sebuah pub di kawasan Damansara. Sebagai penderma baru, dia langsung tidak tahu apa yang bakal berlaku dan agak risau kalau dia akan pengsan (atau pun menjerit) selepas menderma, tetapi takutnya hilang bila dia melihat ramai yang bersama-sama datang untuk menderma darah (termasuklah perempuan-perempuan cun J).

Jadilah Hero hari ini!

Poster program derma darah anjuran pub tersebut.

Ada sesuatu denagn poster program derma darah itu yang membuatkan Wong rasa teruja. Bila di sana, dia berjumpa dengan tiga pegawai pendaftaran untuk jalani ujian darah dan kesihatan. Akhirnya, dia berjaya menderma darah tanpa pengsan ataupun menjeri, malah dia pulang dengan beg cenderahati yang berisikan makanan, minuman dan ubat-ubatan.

Jadilah Hero hari ini!

Penderma di pub tersebut, beratur menanti giliran untuk menderma

Di Facebook, Wong juga menegaskan tentang kepentingan menderma darah, dan mengajak kawan-kawannya untuk mendermakan darah. Dia juga beritahu, bayangkan bagaimana jika ada orang yang tersayang perlukan darah di saat genting? Semua penderma darah mempunyai objektif masing-masing dan setiap objektif itu adalah unik. Kalau ada yang belum lagi menderma, anda patut tahu darah anda sangat diperlukan!

Superhero Tatchana

S Tatchana, 28, mempunyai cerita yang agak unik dari penderma lain. Walaupun dia hanya baru menderma darah sebanyak dua kali, darah dia dikelaskan sebagai istimewa – iaitu darah jenis ‘Indian B’, salah satu jenis darah yang jarang ditemui di negara ini.

Setakat ini, hanya ada dua orang saja yang diketahui mempunyai jenis darah yang unik ini di Malaysia, seorang lagi adalah perempuan Melayu yang tinggal di Kuala Lumpur.

Ibu kepada dua anak yang tinggal di Ipoh ini berkata, dia mengetahui tentang perkara tersebut hanya selepas dia menjalani rawatan untuk bersalin anak pertamanya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tahun lepas.

"Saya terkejut bila doktor saya beritahu yang saya mempunyai jenis darah yang luar biasa. Mereka meminta kebenaran saya untuk mengambil sampel darah untuk kajian lanjut. Dia juga beritahu yang darah saya sangat jarang dijumpai di negara ini," katanya.

Pegawai perubatan yang mengendalikan kes Tatchana, Dr Gayathri berkata, "Kami sukar untuk kenal pasti jenis darah Tatchana dan terpaksa menghantarnya ke luar negara, rupa-rupanya ia adalah jenis ‘Indian B’." Atas nasihat doktor, S Tatchana menderma darah pertama kalinya dengan tujuan untuk membantu orang lain dan sebagai penyelidikan.

Sumbangan yang mudah, sebanyak satu pain sahaja, boleh mengubah kehidupan ramai orang. Marilah kita bersatu padu, angkat lengan baju, dan melakukan sesuatu yang Heroic!

 

References:

Armsrenee Blogspot (www.armsrenee.blogspot.com)

A pint for a pint - Blood Donation Drive by Wong Hc (Wong Hc Facebook page)

Perak News (peraknews.com)

Harian Blogger.Com (harianblogger.com)

Articles

  • BM
  • EN
  • CH

Heartwarming stories, a blood donor’s journey & many more! To get you excited about blood donation.




Infographics

Are you ready? Here’s some quick and fun info on blood donation.