Kisah Aman Dani yang Memberi Inspirasi

Dilahirkan dengan kesihatan yang baik, Arman Dani, atau lebih dikenali sebagai Aman, telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dengan ceritanya. Ia bermula pada Mac 2014, apabila keluarganya menerima berita buruk bahawa Aman, berumur tiga pada masa itu, telah disahkan menghidap sejenis kanser yang jarang didapati di Malaysia - Acute Lymphocytic Leukemia.

Acute Lymphocytic Leukemia, atau Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) adalah sejenis kanser darah dan tulang sum-sum, iaitu tisu lembut di dalam tulang dimana sel-sel darah dibuat. Perkataan ‘acute’ didalam Acute Lymphocytic Leukemia menyifatkan penyakit yang merebak dengan cepat dan mencipta sel-sel darah yang tidak matang, dan bukannya yang matang seperti sepatutnya. Lymphocytic pula merujuk kepada sel-sel darah putih yang dipanggil Lymphocytes, dimana ALL memberi kesan kepada.

Kisah Aman Dani yang Memberi Inspirasi

Ia dikatakan sejenis kanser yang paling biasa menjangkiti kanak-kanak, dan rawatan memberikan peluang yang cerah bagi mereka untuk sembuh. Tanpa rawatan, ia boleh membawa maut dalam masa hanya beberapa bulan. ALL menyerang darah dan boleh merebak ke seluruh badan, ke organ-organ lain seperti hati, limpa, dan nodus limfa. Ia juga menghasilkan tumor seperti kebanyakan jenis kanser.

Kisah Aman Dani yang Memberi Inspirasi

Kisah Aman diceritakan sendiri oleh ibu beliau melalui akaun Instagram-nya @Molie Arie, dan juga dari blog rakan baik ibunya (nurul-izwa.blogspot.com). Pada bulan April tahun lepas, ibu Aman mengepos buat pertama kalinya mengenai keadaan anaknya, dengan menulis: "Kepada semua, anak kami telah disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia 4 minggu lalu. Dia kini menjalani rawatan kemoterapi intensif selama 5 minggu (jumlah rawatan selama 2 tahun). Saya sangat menghargai doa dari anda semua untuk satu-satunya anak saya supaya dia kembali sihat. 'InsyaAllah'. Terima kasih tak terhingga atas sokongan, nasihat, dan segala-galanya."

Pada 10 Apr 2014, dia terus berkongsi tentang perjuangan hidup anaknya, dengan menulis: "Beberapa hari lepas adalah amat sukar bagi kami, terutama sekali Aman. Dia muntah darah dan dihantar ke unit rawatan rapi (ICU). Dia kehilangan banyak darah dan terus mengeluarkan darah. Hancur hati kami melihat dia sebegitu - kelihatan pucat, mata cengkung. Banyak darah dan platlet dipindahkan kepada dia untuk menghentikan pendarahan dan untuk menggantikan darah yang hilang, tetapi dia masih lagi memuntahkan darah. Doktor telah berjaya menghentikan pendarahan. Sudah 24 jam selepas operasi dan 'Alhamdulillah', kondisi Aman kembali baik. Dia mula minum air, dan sudah tentu susu ibunya. Selepas Aman kembali stabil, dia bolehlah meneruskan kemoterapi sekali lagi. Jangan mudah berputus asa, sayang. Kami tahu Aman dilahirkan sebagai pejuang, wira. 'Alhamdulillah'. Kami sangat sayangkan Aman! "

Menurut blog ‘Bicara Hati', Aman memerlukan penderma darah dari lelaki yang mempunyai darah jenis O+. Melalui pos media sosial mereka, rakan-rakan dan orang yang tidak dikenali telah menawarkan kata-kata sokongan dan tampil ke hadapan untuk menderma darah buat sikecil yang sakit itu. Keesokan harinya, keadaan Aman sudah stabil dan dia meneruskan rawatan kemoterapinya.

Kisah Aman Dani yang Memberi Inspirasi

Walaupun sejumlah darah yang banyak telah didermakan kepadanya, ia masih tidak mencukupi untuk memastikan dia terus hidup untuk jangka masa yang panjang. Selepas salah satu daripada operasi beliau, ibunya berkongsi gambar anaknya di Instagram dengan kapsyen: "Saya berdoa kepada Allah supaya Aman tidak perlu melalui peristiwa yang menakutkan ini lagi. Aman, teruskan berjuang. Kami tahu sudah banyak yang Aman lalui, ini adalah kali ke-5 Aman masuk ke dewan bedah (OT). Jangan takut Aman, mommy dan baba sentiasa di sisi. 'InsyaAllah', Aman akan membesar menjadi seorang yang tabah. Sayang Aman. "

Malangnya, setahun selepas itu, Aman meninggalkan kita pada 16 Mei. Keluarganya berterima kasih kepada semua yang telah membantu dalam proses mencari bekalan darah untuk anak mereka, kepada penderma, kepada yang mendoakan untuk Aman, dan kepada yang lain yang memberikan sokongan besar dan nasihat kepada keluarga mereka.

Dengan cerita sedih tentang Arman Dani, kami berharap rakyat Malaysia sedar akan kepentingan menderma darah. Dengan sumbangan yang kecil seperti itu, anda boleh memperbaiki kesihatan manusia lain secara drastik, atau dalam kisah Aman, seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Bak kata pepatah, "menderma darah mungkin tidak memerlukan bayaran, tetapi ia sangat hebat hingga mampu menyelamatkan nyawa." Lakukan peranan anda hari ini.

 

References:

Mayo Clinic (mayoclinic.org)

WebMD (webmd.com)

Bicara Hati (nurul-izwa.blogspot.com)

@Molie Arie Instagram

IntaNBerliaN (ihaveasweetsmile.blogspot.com)

Articles

  • BM
  • EN
  • CH

Heartwarming stories, a blood donor’s journey & many more! To get you excited about blood donation.




Infographics

Are you ready? Here’s some quick and fun info on blood donation.