Tip-tip berguna supaya tak "blur" bila nak derma darah

Pakaian tu mesti la kemas, selesa dan paling penting…stylo!

Nak stylo? Boleh je…tapi pastikan pakaian tu praktikal untuk kita derma darah. Contohnya, kalau yang suka berlengan panjang tu, jangan pulak pakai baju yang ketat sangat. Nanti susah pulak nak tarik sampai ke atas siku. Pakailah baju yang longgar sikit, okay…

 

Makan minum tu kenalah jaga…

Tip-tip berguna supaya tak blur bila nak derma darah

Kalau iye pun nak diet, janganlah tak makan langsung. Kena pastikan makan dan minum kita cukup sebelum pergi menderma. Nanti kalau pening kepala atau pengsan, siapa yang susah kan?

Tapi…jangan pulak ambik makanan yang berlemak seperti nasi lemak, mee goreng mamak, atau burger dekat kedai yang kita baru terbaca dekat EatDrink KL. Lemak-lemak tu boleh menjejaskan ujian pemprosesan darah. Kalau dah banyak lemak dalam darah, penyakit-penyakit berjangkit susah tau nak dikenalpasti. Nanti darah yang kita derma tadi tak dapatlah nak diguna untuk didermakan dekat pesakit.

Jangan lupa jugak minum air kosong, minum ekstra 470 ml atau secukupnya. Penting sebenarnya untuk kita kekal hidrat, sebab sumbangan darah kita sangat bernilai dan penganjur derma darah mestilah nak kita kekal sihat – supaya kita akan datang semula untuk menderma.

(Tip: Cuba ambik makanan yang banyak zat besi, berminggu-minggu sebelum menderma. Contohnya daging merah, ikan, ayam, kacang, sayur bayam, bijirin yang kaya zat besi, dan jugak kismis.)

 

Rehat tau, tidur tu biar cukup!

Tip-tip berguna supaya tak blur bila nak derma darah

Kena dapatkan tidur secukup-cukupnya kalau nak menderma. Seelok-eloknya, rancang dulu jadual harian kita, nanti taklah kerja kita mengacau waktu tidur. Tidur yang cukup kan boleh buat kita rasa segar, dan lebih bersedia kalau nak menderma darah nanti.

 

Rancang, jangan tak rancang

Tip-tip berguna supaya tak blur bila nak derma darah

Untuk penderma ulangan, buku merah jangan lupa bawa, okay? Yang pertama kali nak derma pulak, cuma bawak kad pengenalan atau lesen memandu je. Nanti akan ada sesi soal selidik atau kaunseling, sebabnya mereka cuma nak tahu kalau ada sebarang masalah perubatan dan apakah tahap risiko penderma. Jadi sebelum datang, cuba ingat dulu sejarah perubatan dan pelancongan kita, dan bagitahu jugak kalau ada tindikan di badan. Nanti, taklah banyak masa terbuang berfikir bila kita ditanya.

 

Lebih ramai kan lebih baik?!

Kalau ada rasa bimbang atau gugup ke sebab nak menderma darah ni, haaa…inilah masanya nak ajak kawan-kawan dan ahli keluarga ikut sekali. Kalau betul tak ada yang nak teman, boleh je bertemankan lagu. Siap-siaplah simpan banyak lagu-lagu dalam telefon tu, nanti boleh jadi penenang masa jarum tu dah nak dicucuk ke lengan kita. Pejamlah mata kalau takut sangat, okay.

Ha, kan tak semestinya jadi doktor je yang boleh selamatkan nyawa orang. Kalau kita ada jiwa yang besar dan boleh luangkan sedikit masa, dah cukup dah untuk menyumbangkan satu pain darah nak bantu mereka yang memerlukannya.

 

Rujukan:

Pusat Darah Negara (pdn.gov.my)

Blood Centers of the Pacific (www.bloodcenters.org)

Mayo Clinic (mayoclinic.org)

National Health Service (www.blood.co.uk)

American Red Cross (redcrossblood.org)

Articles

  • BM
  • EN
  • CH

Heartwarming stories, a blood donor’s journey & many more! To get you excited about blood donation.




Infographics

Are you ready? Here’s some quick and fun info on blood donation.